Di dalam pergaulan khususnya dengan golong yang berkedudukan ataupun “bos”, kita sering bertemu dengan manusia-manusia yang sombong dan bongkak. Orang yang suka berlagak dan menonjolkan dirinya secara berlebih-lebihan. Bila bercakap sering menyebut-nyebut status dan kedudukannya, “aku bos kamu”, “aku orang kuat di sini” dan segala macam kedudukan yang di sudut hatinya mengharapkan simpati dan hormat orang kepadanya. Jangan gentar dan gerun dengan orang seperti ini kerana mereka sebenarnya orang yang lemah dan kurang.
Kesombongan dan keangkuhan yang ditunjukkan mereka itu adalah semata-mata tabir palsu yang dipasang dengan tujuan untuk melindungi sesuatu kekurangan dan kelemahan yang dirasa ada pada dirinya. Fahamilah bahawa setiap orang yang terlampau menonjolkan keangkuhan dan kesombongannya mempunyai kelemahan-kelemahan yang tertentu. Mereka adalah orang yang dahagakan penghargaan, perhatian, pengakuan dan penghormatan orang sekelilingnya serta cuba mencari dan mencapainya dengan cara yang salah dan ikhtiar yang palsu. Oleh kerana itu manusia yang seperti ini seringkali mudah rebah bila dipuji dan diampu. Malah akan mudah meletus kemarahannya dengan serta-merta bila dikritik atau disinggung perasaannya.
3 Tips berhadapan dengan bos yang sombong dan panas baran.
Biasanya bos yang sombong dan panas baran ini orangnya jenis “high expectation”. Citarasanya tinggi. Dia agak cerewet. Cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada perubahan situasi di sekitar tempat kerja. Sebab itu asal ada sahaja yang tidak kena, dia akan cepat melenting.
Tips 1: Tonjolkan diri.
Untuk mengambil hati seorang bos yang sombong dan panas baran, anda perlu mencapai ekspektasi yang dimahukannya. Anda kena, tunjukkan kepadanya kerajinan anda, professionalisma, juga kecekapan anda bekerja supaya dia sedar anda ada kelebihan tersendiri. Berikan kepadanya idea-idea bernas yang anda fikirkan. Beranikan diri memberi pendapat di kala rakan-rakan sekerja anda teragak-agak untuk mengutarakan pendapat mereka. Stand out from the crowd! Sikap sombong dan panas baran itu jika dipandang dari sudut positif, sebenarnya mendesak anda untuk memajukan diri sendiri supaya prestasi anda sama seperti prestasi kecemerlangan yang dimahukan oleh bos anda itu
Tip 2: Sapa dengan senyuman
tip ini sangat penting ketika kita masuk maka yang harus kita lakukan sapalah bos kita terlebih dahulu jangan sampai bos kita yang menyapa terlebih dahulu, setiap hari bahkan setiap saat ketika ada waktu luang sempatkanlah menyapa bos kita dengan menghampirinya akan tetapi jangan sampai merusak suasana atau mengganggu bos.
Tip 3: Sering berkomonikasi
hal yang seperti ini kadang kita menyepelehkan padahal ini yang sangat luar biasa apalagi nketika kita ada acara di rumah maka undanglah bos kita maskipun kadang bos kita tidak akan hadir tapi ini sebagai penghargaan yang luar biasa bagi kita dan baginya, akan tetapi berkomonikasi dengan bos harus tau etika kata-kata haruslah dijaga sedemikian mungkin jangan sampai menyinggung maslah peribadi sang bos apalagi membuka aib sang boa.
demikian semoga bermanfaat.
Artikel by https://jauhinfo.blogspot.co.id

0 Komentar